dengan sakit aku.....dengan ketiadaan bapak ku.....
yer la....arwah meninggal tahun lepas....tapi tahun lepas aku raya kat kampung bini aku
tahun ni lak....aku raya kat kampung aku sendiri.....
rasa pelik sikit sebab lepas sembahyang raya.....kami sekeluarga pegi ke kubor bapak....
ini jugak raya pertama anak ku kat kampung aku...
hehe....punye la samseng....ari pertama sampai kat kampung, dia tak henti-henti berlari kat ruang tamu tingkat bawah!
....dok rumah kampung aku, senang lak dia nak tido...pelek aku...kekekekkeke
macam macam la kerenah raya neh....
tapi yang paling aku tersentap.....keadaan mak dan rumah kat kampung
tahun lepas tak nampak sangat...n mungkin jugak sebab aku tak balik-balik sejak tengah tahun lepas....
tapi tahun ni....aku nampak rumah dan mak sendiri, sedikit tidak terurus berbanding ketika arwah bapak hidup dulu
bukan la nak cakap adik beradik aku tak jaga dia...jauh panggang dari api tuh....cuma....entah la.....aku boleh lihat, dan rasa, mak tu gagahkan diri dia ja untuk teruskan hidup....
rumah pon....hmmm...terasa sedikit 'usang'...entahlah...perasaan aku je kot?
sejak aku balik semula ke sini arituh, aku berniat nak semayang istikharah...belom gak aku buat-buat....kene carik masa neh
"ya Allah....permudahkanlah segala urusan ibu dan ibu mertuaku
kurniakanlah mereka kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan seharian
dan murahkanlah rezeki mereka
semoga mereka tergolong dalam golongan yang diberkati dan dirahmati oleh Mu
ya Allah......kurniakanlah kami suami isteri sejelas-jelas petunjuk
akan pilihan dan tindakan yang terbaik untuk kami dan keluarga-keluarga kami
permudahkanlah segala urusan kerja dan kehidupan kami
sesungguhnya tiada apa yang lebih kami inginkan selain hidayah dan keredhaan Mu
semoga kami tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat petunjuk dari Mu
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui
dan kepada Mu kami berserah"


No comments:
Post a Comment